Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, December 9, 2007

Makan di bangi

Salam..


Tanggal 21 Nov 2007 umi bawak saya dan ayah pegi bangi.. umi kata farewell opismate dia.. saya kata "ok je.. janji ade makanan.." :) hehehee..itulah icha.. hanya umi dia yg faham bahasa paras tinggi dia..



Mmg farewell utk Fadh sebenarnya.. kak norai yg organise.. start dlm kul 8.30 - 10.30.. icha macam biasa laa.. nasi bukan nak makan pun.. dia makan kek.. nak air yg org2 besar minum... pasti berlari2 satu restoran.. naik semput umi dia nak kejar... bukan jalan.. lari pulak tu... pastu tgk "fish" kat kolam... kat dlm aquarium pon ade.. punya laa besau.. umi dia pon takut tp buat2 berani je...



Habis sesi makan2.. sesi bergambar mcm biasa laa.. bergambar sakan... icha pon ape kurangnya.. bukan main lagi dia... mcm aksi2.. suka tul laa.. sambil layan karenah dia.. sambil bergambar laa...


kul 10.30.. dah gerak balik.. ade yg belum lagi.. tp icha pon dah letih.. menguap jerk... dah ngantuk le tu.. ape laa buat laa gerakan balik... masuk je kete... belum pun masuk main road.. dah lelap anak umi tu... letih laa tu tp biasa laa.. kat situ asyik main jer.. org pon ramai.. kawan2 dia pon ramai.. fahim, haziq, min, sophia... hehehe.. dia pun suka gila laa duk situ... sampai umah dlm kul 11.. ape lagi tdo.........

Monday, September 3, 2007

Icha @3 in 1 ceremony

Assalamualaikum...
Jumaat dan sabtu (31 ogos & 1 sept'07) berlangsunglah majlis Merisik (Jumaat) dan Doa selamat Baby Maklong & Akikah Icha... :)..Icha cam biasa laa.. aktivti dia laa tp byk merengek sikit maybe sbb dia letih kot tak tdo.. sbb org ramai...

Org dok bz ngan majlis.. dia dok bz panjat tangga..

Senyum ke sengih tu? Atuk tgh pegang tangan.. kalau tak, dah merangkak merata2..

Posing depan reban kambing.. lepas memilih kambing pilihan hati :p

Ngan pakcu kenduri Sabtu...

Haha nangis....tgh bad mood tu..

Waa.. sedapnyer makan nasi beriani... bubur dah taknak...

Meleka!! Meleka!!

Eeeee.....lihat gigi caye!! putih kan??

Thursday, August 23, 2007

Kaki, Tangan & Mulut

Assalamualaikum...

Jumpa tempat yg sesuai aku terus bg signal masuk parking.. ermm tpt yg biasa jugak.. biasa laa dah kene parking kat luar.. ikut nasib laa... lock stereng, lock gear..dah settle semua aku kuar baru nak tekan alarm ade call..tgk nama "UMI TASKA" dah rase lain macam je..pesal le owner nursery ni call aku lak..tak penah2 pon.. ape2 hal aku settle ngan staff dia je.. dia call bgtau esok(jumaat) nursery tutup sbb.. SEBAB.. ramai dah kene jangkitan "Kaki, tangan & Mulut".. org nursery baru dpt kesan.. dah kene ramai baru nak kesan..pastu ayat seterusnya dia kata "icha kene juga.. mulut dia dah sakit tu".. aku diam..air mata berlinang gak laa..kaki makin laju laa sbb aku mmg on the way nak gi amik icha pon..pastu aku call rex ajak gi klinik ptg ni jugak.. sampai je nursery bg salam terus masuk bilik.. icha tgh tdo... pastu dia jaga sbb dgr aku borak2 ngan bibik.. pastu tgk mulut dia dah bengkak dah.. sedih betul tgk masa tu..bibik bgtau mula2 kene Kimi..ermm.. pastu aku pon nak balik umah.. nak gi klinik,aku decide terus pegi pakar kanak2 senang sikit.. tempat yg sama .. kat bangi.

Kaki dah naik bintik2

Dlm kete terfikir gak laa dlm ati.. taktau nak salahkan sapa.. parent ke?.. Nursery ker?.. bg aku dua2 salah.. nursery tak tegas kat parent.. parent pulak tak amik peduli pasal anak sgt.. (kecuali aku kot.. demam sikit dah coti hahahaha...) yg lain demam pon antar nursery.. sakit pon antar.. aku sendiri pon tak paham.. tak sayang anak ker?.. mcm kes ni laa.. anak dia dah demam2.. mulut dah pecah2 berair.. dok antar jugakkk.. pastu jangkit laa... dah kene 3-4 org baru nak detect.. hermm.. nasib laaa...

Sampai klinik sib baik tak ramai sgt.. selalu jenuh jugak laaa nak tunggu.. dlm 10 min.. doc panggil masuk. pastu tanya kenapa... aku bgtau laa.. soalan pertama dia "nursery mana?".. lepas dia check ..ade ulser 1 kat lidah.. doc kata baru peringkat awal... tp biasa laaa kene dok umah je laa..dia kata selagi boleh minum ok lagi.. kalau takleh minum kene tahan wad..bersyukur gak laa masih ok.. legaa. Doc kasi MC kat aku tuk jaga icha. amik ubat.. bayar.. balik.. dia biasa laa dok merengek je laaa... dah badan tak sedap.. aku layan je laa.. sbb dia tgh tak sihat..


Bibir atas dah bengkak2...huhu. cayang ummi!!


kalau difikirkan balik.. rase mcm nak berenti keje je.. tp sendiri mau ingat laa.. kalau berenti.. nak makan ape.. tak gitu? Biasa laa kalau antar nursery mmg berisiko pun.. aku tawakal je laa.. mintak dijauhkan benda2 yg tak elok..
Skrg... dia dah tdo... lepas kasik ubat. minum.. terus tdo... kesian tgk dia... "ummi doakan icha cepat sembuh.. dan ceria2 selalu :)"
INFO:

Pengenalan
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).
Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..

Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997

Cara penyakit ini merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan

Tuesday, August 21, 2007

Icha @Bowling CMEAD

Assalamualaikum..

Cmead buat bowling suka2... cmead vs Icems... macam biasa laa.. nak hepi2.. mesti bawak anak sekali baru aku betul2 hepi :).. so aku bawak laaa icha.. dia memang suka jalan2 ni.. sampai tempat bowling... ramai pulak assistant aku :p.. ade budak intern nak jaga icha.. suka pulak derang main2 ngan icha.. so aku pun berkesempatan laa main bowling sambil usha2 icha... bila tepuk tangan.. dia pon tepuk.... ummi dia masuk longkang pon dia tepuk.. hahahaha

Kawan ummi dia tgh dukung .. sib baik semua org dia nak di dukung..

sempat lagi nak isap cari tu...

tgh layan perasaan dlm stroller...

cak!!

Lepas bowling makan kat firdausi.. tgh makan kentang putar tu..

Icha de' Putrajaya

Assalamualaikum...
Alang² mak ngah sekeluarga dtg... merangkap (kakak ummi).. kitaorg plan pegi Putrajaya.. tempat yg paling dekat dgn rumah.. tp jarang pergi.. kalau pegi pon alamanda je :p.. Saje bawak mak ngah sekeluarga jalan2.. ngan sepupu2 icha sekali... macam best pulak.. jalan2...

Pintu masuk ke "selera putra"

Bergambar sebelum makan dgn sepupu2.. Abg Mamat & Yayah

Dah nak nangis.. nak turun dr kerusi...

Lepas makan lepak tengok tasik.. ayah tgh dukung icha

icha & Ummi..

Bergambar bersama mak ngah dah sepupu2

Ngan ayah depan PICC

Dah letih... ngan ummi duduk kat dataran Masjid Putrajaya

Monday, August 20, 2007

Icha 1st birthday!!

Assalamualaikum....


Genaplah sudah setahun umur Icha.. kejap dah beso dia.. Plan buat kat umah sewa kami je.. 26-05-2007 (Sabtu)... Date sebenar 24-05-2007 tp dah jatuh hari khamis.. mmg tak boleh nak buat laa.. postpone ke hari sabtu .... Jemputan kawan2 opis aku.. sedara... & kawan2 opis rex je.. buat pun kecik2 saja... Khamis petang.. aku dah gi tempah kek. Dah book catering bini pak mus tu. Sabtu kul 12 aku suh rex gi amik nasik tomato kat MMU & amik kek yg tempah tu sekali.



Ni laa kek tu bertemakan patung barbie



Senyuman Birthday girl!!





Dan ni laa 1st time aku handle majlis kat umah aku... semua sendiri.. mmg letih.. tp takpe janji ingat D.O.B icha.. Majlis bermula pukul 2.00 pm sampai 7.00pm.. Menu nasi tomato (order kat bini pak mus), spagetti.. ummi icha buat.. gula2.. sosej.. keropok.. air = sirap+ais krim soda (ciptaan ayah icha). pastu ade laa sikit aku buat ole2... gula2 berpacket2 :p.



Anyway terima kasih pada yang hadir..



Dok kusyuk buka hadiah (sesi malam)

Musical TV dr auntie fadh.. dan kuma2 dr Uncle Huzz & uncle Nizam
Yey! yey!! maklong kasik jacket pink!!



Minnie - hadiah dr Paksu.. TQ!!




Hadiah dr mak lang, bola berkaki.. tit tot tit tot...



Laptop dr atuk!!.. tgh taip email nak antar kat atuk.. say TQ

Aksi isap jari

Assalamualaikum..
Satu perangai Icha ni... dia suka isap jari.. dah jadi habit dah skrg... tambah2 kalau time dia nak tdo... mmg dok dlm mulut je laa...



Aku sendiri pon tak pasti bila dia start isap jari.. sampai laa skrg umur dah 1 thn 3 bulan dok isap jari lagi ish ish ish.... apa laa icha nih... tgk laaa tu.. aksi2 dia.. dah tu semua jari kiri pulak tu :p

Sampai meleleh2 air liur ..







Majlis cukur jambul

Assalamualaikum...

Berlangsung pada 26/08/2006 (Sabtu) - Selepas Maghrib. Actually majlis tu buat sekali dgn doa selamat masuk umah baru kakak ipar aku.. merangkap mak long Icha Majlis berakhir dlm pukul 12 kot. Tapi kami balik awal kul 11.30 sbb Icha dah letih + ngantuk.. kesian pulak.