Assalamualaikum...
Jumpa tempat yg sesuai aku terus bg signal masuk parking.. ermm tpt yg biasa jugak.. biasa laa dah kene parking kat luar.. ikut nasib laa... lock stereng, lock gear..dah settle semua aku kuar baru nak tekan alarm ade call..tgk nama "UMI TASKA" dah rase lain macam je..pesal le owner nursery ni call aku lak..tak penah2 pon.. ape2 hal aku settle ngan staff dia je.. dia call bgtau esok(jumaat) nursery tutup sbb.. SEBAB.. ramai dah kene jangkitan "Kaki, tangan & Mulut".. org nursery baru dpt kesan.. dah kene ramai baru nak kesan..pastu ayat seterusnya dia kata "icha kene juga.. mulut dia dah sakit tu".. aku diam..air mata berlinang gak laa..kaki makin laju laa sbb aku mmg on the way nak gi amik icha pon..pastu aku call rex ajak gi klinik ptg ni jugak.. sampai je nursery bg salam terus masuk bilik.. icha tgh tdo... pastu dia jaga sbb dgr aku borak2 ngan bibik.. pastu tgk mulut dia dah bengkak dah.. sedih betul tgk masa tu..bibik bgtau mula2 kene Kimi..ermm.. pastu aku pon nak balik umah.. nak gi klinik,aku decide terus pegi pakar kanak2 senang sikit.. tempat yg sama .. kat bangi.

Kaki dah naik bintik2
Dlm kete terfikir gak laa dlm ati.. taktau nak salahkan sapa.. parent ke?.. Nursery ker?.. bg aku dua2 salah.. nursery tak tegas kat parent.. parent pulak tak amik peduli pasal anak sgt.. (kecuali aku kot.. demam sikit dah coti hahahaha...) yg lain demam pon antar nursery.. sakit pon antar.. aku sendiri pon tak paham.. tak sayang anak ker?.. mcm kes ni laa.. anak dia dah demam2.. mulut dah pecah2 berair.. dok antar jugakkk.. pastu jangkit laa... dah kene 3-4 org baru nak detect.. hermm.. nasib laaa...Sampai klinik sib baik tak ramai sgt.. selalu jenuh jugak laaa nak tunggu.. dlm 10 min.. doc panggil masuk. pastu tanya kenapa... aku bgtau laa.. soalan pertama dia "nursery mana?".. lepas dia check ..ade ulser 1 kat lidah.. doc kata baru peringkat awal... tp biasa laaa kene dok umah je laa..dia kata selagi boleh minum ok lagi.. kalau takleh minum kene tahan wad..bersyukur gak laa masih ok.. legaa. Doc kasi MC kat aku tuk jaga icha. amik ubat.. bayar.. balik.. dia biasa laa dok merengek je laaa... dah badan tak sedap.. aku layan je laa.. sbb dia tgh tak sihat..
Bibir atas dah bengkak2...huhu. cayang ummi!!
kalau difikirkan balik.. rase mcm nak berenti keje je.. tp sendiri mau ingat laa.. kalau berenti.. nak makan ape.. tak gitu? Biasa laa kalau antar nursery mmg berisiko pun.. aku tawakal je laa.. mintak dijauhkan benda2 yg tak elok..
Skrg... dia dah tdo... lepas kasik ubat. minum.. terus tdo... kesian tgk dia... "ummi doakan icha cepat sembuh.. dan ceria2 selalu :)"
INFO:
Pengenalan
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).
Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..
Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997
Cara penyakit ini merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan
No comments:
Post a Comment